Wednesday, December 23, 2009

cinta KING KONG ...


1. Kalau silap chemistry akibatnya adalah TRAGEDI.
2. Cinta memang buta.
3. Cinta membuat kita menjadi lebih kuat.
4. Cinta adalah syurga kebahagiaan.
5. Cinta dan kerjaya tidak seiring.
6. Cinta persahabatan adalah amat tidak ternilai.
7. Cinta tidak pernah mudah.
8. Cinta itu membunuh.

- kenapa King Kong jatuh hati pada manusia yang sekecil itu? Mungkin kerana terlalu sunyi tidak berteman.
- bila hati dah terpaut, maka tiada lagilah kewarasan. yang pasti, perasaan dalam hati perlu dipenuhi.
- apabila orang yang kita sayang itu terancam, maka timbullah kekuatan luar biasa untuk menyelamatkannya. Cinta mempunyai kekuasaan yang tidak dapat diduga.
- apabila cinta yang kita idamkan itu telah diperolehi, maka pemikiran kita adalah amat tenang, kebahagiaan adalah tidak terkata, segala-gala adalah indah.
- percayalah tiada perkara yang sempurna dalam hidup ini, termasuklah cinta, kalau kita memiliki cinta yang sempurna mungkin kerjaya kita tidak, begitu jugalah sebaliknya.
- cinta kasih memang hebat, namun tak kurang juga cinta persahabatan, kerana persahabatan juga kita sanggup buat apa saja deminya. Bukan ke begitu?
- cinta adalah perkara yang dikejar oleh semua manusia dalam hidup. Namun cinta tak pernah mudah. Cinta impian kita selalu bukanlah apa yang orang lain hendakkan. Hadapilah kerana cinta sejati itu akan memberi kita kekuatan untuk mengharunginya.
- bukan pesawat yang telah membunuh Kong, tetapi cinta ...

Saturday, December 12, 2009

PUTUS...

Di mana kau, sayang?
Kenapa rasa macam tiba-tiba je satu dunia menghilang?
Kurindukan senyummu yang comel itu...
Kurindukan kenakalanmu yang disengajakan itu...

Saat indah bersamamu masih dapat kurasakan.
Ya, hari itu aku mengambil kesempatan memegang tanganmu,
Dan dikau tunduk menyembunyikan muka.
Kukira itu permulaannya bahagia,
Tapi kenapa ia seakan macam adalah penyudah?

Ku masih dapat rasakan kasihmu,
Tetapi di manakah kau kini, sayang?
Kenapa menyepi tanpa petanda?
Adakah itu maksudnya kasih ini sudah ...

PUTUS ...

Sunday, December 6, 2009

PENGAKUAN SEORANG LELAKI SOMBONG

Saya tak suka jaga tepi kain orang,
Tapi sebenarnya saya suka tolong orang dengan kebolehan saya.
Orang tak minta tolong daripada saya, saya tak akan menawarkan diri, walaupun akhirnya masalah itu tak selesai.
Kalau saya menawarkan diri, itu pasti perkara yang besar dan ia berbaloi.
Saya tak suka menoleh kalau sesuatu itu telah berlepas.
Kalau situasi saya mengganggu orang, saya akan cepat-cepat ke tepi; kalau situasi orang mengganggu saya, saya ikut jalan tepi.
Kalau orang cari pasal dengan saya, saya buat tak tahu je, biarlah orang tu berperang dengan diri-sendiri.
Kalau saya jatuh hati dengan seseorang, saya hanya berkawan baik dengan dia. Bila dia dah mula mengharap, baru saya cari peluang.
Saya memang nampak sentiasa sombong, sehingga saya mula senyum.
Saya tak suka berjanji kepada orang, saya hanya berjanji pada diri sendiri.
Saya suka bercinta, tapi sukar terima cinta orang, saya takut cinta.
Saya kata, 'kalau serius, hasilnya serius; kalau main-main, hasilnya main-main'
Itulah saya... seorang lelaki yang sombong.

Tuesday, November 24, 2009

TABAHKAN HATI, SAYANG

Sayangku, kau telah berjaya mengharungi badai ini dengan jayanya. Saya amat berbangga dengan kamu. Kamu telah menunjukkan kecekalan yang luar biasa dan mencapai kejayaan yang luar biasa.
Lupakanlah pandangan keji manusia yang tidak mengenang budi dan terus ingin memperkecil-kecilkan keupayaan kamu itu.
Kita bukan hidup untuk mereka, kita hidup untuk kejayaan kita.
Sayang, tabahkanlah hati. Saya akan sentiasa bersama kamu menuju ke destinasi impianmu itu.

##Tahniah, because you are the BEST!

HATI SEORANG LELAKI MELAYU

Saya seorang lelaki Melayu yang biasa. Belajar taklah pandai sangat. Ligat sini sana adalah.
Saya ada seorang teman wanita. Dia cantik dan setia. Kami telah lama bersama. Dia adalah rakan sekelas saya di sekolah rendah dulu.
Bila usia dah mula meningkat 20an, saya masih tercari-cari kerja yang sesuai. Makwe lagi lah resah. Bilalah agaknya kami dapat disatukan. Namun keluarganya minta kahwin dulu, kerja bolehlah cari perlahan-lahan.
Saya akurlah akhirnya memandangkan semua orang berkata begitu. Saya disatukan dengan teman wanita saya dalam keadaan ekonomi saya yang tidak begitu baik.
Alhamdulillah, kami bahagia selepas berkahwin. Isteri saya akhirnya dapat kerja di Pejabat Daerah. Saya pula mendapat kerja di sebuah kolej yayasan negeri sebagai pemandu.
Kerja saya tidak tetap masa, tapi overtimenya banyak. Setiap bulan boleh mencecah RM3 - 4 ribu. Jadi tiba-tiba kaadaan ekonomi saya menjadi baik.
Mulut saya mula jadi besar terhadap adik-beradik saya, ibu bapa saya, dan juga isteri saya. 'Orang kaya baru' lah katakan.
Saya memasang angan-angan untuk tukar kereta tidak lama lagi. Dalam masa sibuk-sibuk pun saya sempat juga berkenalan dengan seorang guru tadika yang amat memikat hati saya. Saya selalu berjumpa dengan dia dan akhirnya kami bercinta. Selepas beberapa ketika, terdetik hati saya untuk mengambilnya sebagai isteri.
Adik-beradik saya yang mengetahui perkara ini tidak merestui kami, begitu juga dengan ibu saya. Isteri saya apa lagi menangis tak henti-henti dan meminta untuk diceraikan sekiranya saya berdegil untuk berkahwin lagi. Saya sayang isteri saya, saya cuba menenangkan dia dan memujuk hatinya. Tapi saya juga amat sayang pada wanita itu.
Kadang-kadang untuk menyedapkan hati semua orang, saya akan mengatakan saya dah putuskan hubungan dengan wanita itu. Perkara ini berlanjutan selama beberapa bulan.
Adik-beradik saya terus memujuk dan memberi tekanan kepada saya agar saya tinggalkan wanita itu. Isteri saya juga tahu saya masih bersama wanita itu. Saya rasa dia pernah memeriksa data dalam handfon saya. Kami juga sering bertegang berkait dengan perkara itu, sering saya kena memujuk dan 'menipu'nya.
Baru-baru ini saya menerima satu tamparan hebat. Saya ditamatkan perkhidmatan oleh majikan saya! Saya tak jangka perkara begini boleh berlaku.
Saya tak tahu bagaimanakah masa hadapan saya. Kalau keadaan tidak menjadi baik, saya terpaksalah bergantung kepada isteri saya selepas ini. Nasib baik kereta baru belum dibeli lagi, nasib baik saya belum kahwin yang ke-2 lagi.
Saya dah hilang hak untuk bercakap besar lagi. Kini saya menghantar dan mengambil isteri saya pergi dan pulang kerja. Dan mencari kerja yang sesuai untuk diri ini ... dan wanita itu ... saya tak tahulah...

Sunday, November 8, 2009

SURAT UNTUK SEORANG TEMAN...

Teman,

Apa khabar di sana? Sudah terlalu lama kita tak berhubung mahupun berjumpa... Ya, tak kurang daripada 16 tahun...
Maafkan saya kerana saya masih belum melupakan kamu. Saya juga selalu mencuba untuk menjejaki kamu setiap kali ada kesempatan. Walaupun tak pernah saya berjaya.
Orang kata, ada usaha, adalah hasil. Selepas sekian kali dan sekian lama, dapat juga saya 'menghidu bayang' kamu. Maafkanlah, kerana itupun tanpa pengetahuan kamu.
Kamu baru saja berkonvo Oktober lepas. Tahniah kerana berjaya mendapat sijil Sarjana. kamu telah melangkah satu tapak lagi dalam perjalanan hidup kamu.
Saya selalu bertanya, saya sering mencari ruang untuk menjejaki kamu, namun adakah kamu sering berusaha untuk mengelakkan diri dari saya? Dan diam tak diam masa telah jauh meninggalkan kita ...
Masa itu saya masih 20-an(26 agaknya), kamu 23 ya. Saya tak pernah meluahkan perasaan saya... namun saya memang sangat sukakan kamu. Saya rasa kamu pun senang dengan saya. Tapi saya ini pemalu, kamu juga tak pernah mencuba untuk menyatakan sesuatu.
Kini saya dah masuk 40-an. Kamu juga sedang menjejakkan kaki dalam zon ini. Umur 40... bagi sesetengah orang itu adalah usia yang dah tua. Saya perlu realistik untuk membayangkan kamu yang 20-an dan kamu yang 40. Sudah pasti tidak sama lagi. Saya sendiri rasa rupa saya dah berubah dari dulu.

Temanku,
Lupakanlah sama ada saya masih ingat, atau kamu mengelakkan diri, atau apa jua sebab yang menyebabkan kita terputus hubungan. Boleh tak kita cuba bertemu semula? Sebagai teman lama...
Saya dah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga. Saya tak tahu pun sama ada kamu sudah berkahwin atau belum.
Saya hanya ingin bertemu dan untuk mengetahui keadaan kamu. Bagi memenuhi hajat yang telah saya pendam selama berbelas tahun.
Kamu mungkin masih berada di Kota Bahru, saya masih di kota metropolitan ini. Andai kata kita dapat bertemu pun mungkin hanya seketika sahaja dan berjauhan mungkin selama-lamanya.
Itu sajalah hajat saya selama ini, biarpun selapas itu kita barangkali tiada ruang untuk bertemu lagi...
Saya doakan kamu bahagia dan sukses selalu.

Yang benar,

saya...
Teman lamamu.
9 November 2009

Monday, October 26, 2009

TIADA LAGI ...

Suatu hari aku sedang memilih gambar untuk dicuci. Dah lama tak cuci gambar. 3, 4 tahun! Ya la, sekarang ni semua digital, nak tengok gambar buka je komputer.
Hari ini aku nekad nak pilih gambar-gambar terbaik untuk dicuci. Maka gambar2 yang telah bertahun-tahun pun dapatlah saya lihat semula.
Ini ada satu set gambar di tempat kerja, labih kurang 5 tahun dah lamanya. Kebanyakan rakan2 karib dalam gambar telah berpindah, jauh mahupun dekat, dalam mahupun luar negeri. Tempat kerja pun dah lama berubah.
Sedang aku mengelamun mengenang rakan-rakan lama ini, orang sebelah sibuk nak buka lagu. Ya, lagu best, 'Tiada Lagi' - Amy search.
Sedang sedih melayan potret lama, dilayang pula dengan lagu sedih, aku hampir melelehkan air mata.
Banyak sangat kenangan pahit manis bersama mereka. Sama-sama merantau jauh dari kampong halaman. Bertemu, berkenalan, menjadi rapat, berpisah, dan kini hanya memori yang menemani kami semua.
Semoga mereka hidup bahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga dapat berjumpa lagi, insyaallah.

Wednesday, October 21, 2009

NYANYIAN CINTA

Kau pernah berkata, kau mencintaiku selamanya.
'Cinta' benda ni aku tahu tapi apa itu 'selama-lamanya'?
Sayang, jangan menangis. Kita masih lagi bersama.
Kegembiraan hari ini akan menjadi kenangan kekal buat hari esok.

Apa saja boleh ditinggalkan. Apa pun tak boleh dilupakan.
Apa yang kau kata sekarang semuanya adalah keberanian kau.
Angin bertiup di musim bunga, hujan turun di musim luruh.
Angin ke hujan ke segala sumpah janji akan pergi bersama angin yang menderu.

Sayang, jangan lagi berkata kita tidak akan berpisah.

Kau bukan milik aku, aku juga tidak memiliki kau.
Sayang, tiada orang di dunia mempunyai hak untuk merampas.
Mungkin kita berpisah, begitu dan tidak berpatah balik lagi.
Sekurang-kurangnya tidak perlu mencipta alasan yang indah. #Tidak ada orang boleh bercakap besar, kecuali orang yang sudah tiada lagi cinta dalam hatinya ...

Thursday, October 15, 2009

MENUTUP KISAH ...

Selepas setahun, akhirnya dapat juga saya 'bertemu' kamu. Tak tahu apa dalam fikiran kamu. Kedinginan kamu itu saya dapat rasa. Saya faham saya bukan siapa. Sudah lama saya terima kenyataan kita.
Pertemuan hari ini penting kerana saya nak tahu apa keadaan kamu.
Kamu telah kembali kerja. Kerja sangat penat, itu yang saya dengar.
Saya rasa kamu telahpun bertemu dengan si dia.
Saya akui senyum tawa kamu masih mengusik jiwa ini, namun saya tahu ia dah lama berlalu. "Setahun Sudah Berlalu" itulah kata Alleycats.
Cukuplah pertemuan ini ... sebagai penutup kisah kita.
Terima kasih... goodbye my love...

Setahun sudah berlalu ...
Februari muncul kembali ...
Dengan kehangatan semalam ...

TUJUH PERHENTIAN

P1 - Saya bingung kerana kamu pergi begitu saja. Kamu adalah cinta pertama saya...
P2 - Cinta kita begitu dalam, saya lihat cinta ini berbuah. Namun ... pengalaman bersama kamu amat memedihkan.
P3 - Maafkan saya kerana pergi begitu saja, saya tak rasa saya dapat terima kamu lebih daripada sedia ada.
P4 - Biarlah kamu yang mengejar saya, biarlah kamu yang meninggalkan saya. Saya terima semuanya.
P5 - Terima kasih kerana sanggup bersama lelaki ini, semoga kekal ke akhirnya.
P6 - Mungkin kita tahu apa yang kita cari. Mungkin tidak.
P7 - Saya kata ini bukan berkaitan cinta, ini berkaitan persahabatan.

Setiap yang kita hadapi akan mengajar kita bagaimana hendak menghadapi yang bakal tiba. Jadi terimalah apa yang hendak berlaku. Akhirnya kita akan lebih bijak dalam - cinta.

Tuesday, September 1, 2009

TIDAK MUNGKIN TERUCAP

Kerana terlalu banyak dan dalamnya parut dalam hati ini, maka diri ini tidak mungkin faham akan perasaan kamu;
... dan kerana begitu suci dan belum pernah terusiknya hati kamu, maka kamu tidak mungkin faham akan perasaan diri ini.
Kita memang berada dalam dunia yang amat jauh bezanya, maka dalam manapun perasaan dalam hati kita, tidak mungkin ia dapat diucapkan.

Wednesday, August 19, 2009

HATI MANA SAYA MILIK?

Saya suka melihat kamu, saya suka memikirkan kamu, saya suka dekat dengan kamu. Namun saya rasa kamu tak tahu, saya selalu memerhatikan kamu.
Teringin hati ini nak tahu, adakah saya dalam hati kamu?
Kamu selalu sengaja, mungkin tidak, berlalu depan mata saya. Hati saya berdebar-debar dibuat oleh gerak-geri kamu itu. Saya suka bila kamu buat begitu.
***
"I love You..." syyyy ....!
Jangan ada orang perasan pula!!
Hati mana yang akan saya miliki akhirnya?
Saya takut nak tahu ...
Adakah kamu?...
Atau ... siapa?

(gambar hiasan)

Thursday, August 13, 2009

DENDAM SEORANG WANITA

Pada suatu tengah hari, seorang rakan melihat saya mengangkat beg dan buku, lalu dia datang bertanya, "Boleh saya tolong?". Saya pula jawab,"Tolong bunuh saya!"

***
Saya telah mendirikan rumahtangga selama 9 tahun, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Pada saya hidup saya sempurna kerana hidup saya tidak diganggu kontroversi.

Suami saya pula seorang guru agama. Dia selalu terlalu sibuk kerana selain mengajar di sekolah, dia juga mengajar di rumah orang. Sedikit kekurangan ialah dia jarang mempunyai masa untuk saya dan anak-anak kerana dia keluar waktu pagi sebelum anak-anak bangun. Dia balik ke rumah pula selepas kami semua dah tidur. Saya tak kisah sangat tentang itu. Saya menganggap tidak salah seorang suami bekerja keras demi kehidupan sekeluarga yang lebih baik.

Pada suatu malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang ahli keluarga mengatakan suami saya mempunyai seorang lagi isteri di luar. Dan ia telah berlaku lebih setahun yang lalu. Alangkah terkejutnya saya. Tak sangka 'kerja kuat' dia bukan untuk keluarga ini tetapi untuk keluarga yang lain. Saya tak dapat menerima kenyataan ini. Saya tak rasa saudara saya ini berbohong kepada saya, dia tak perlu berbuat begitu.

Akhirnya perkara ini diakui oleh suami saya sendiri. Alasan yang diberinya ialah dia terhutang budi kepada keluarga wanita itu, dan dia meminta saya menerima kenyataan ini sebagai takdir Allah! Mudahnya cakap dia. Tapi saya tak dapat terima kenyataan ini. Dia sanggup korbankan saya dan anak-anak demi perempuan lain. Pasti anggapan dia saya ini terlalu bodoh untuk diperdaya.

Hanya 2 opsyen saya kepada dia, ceraikan isteri ke-2 atau saya undur diri. Bagi saya, saya tak boleh tahan untuk dimadukan. Akhirnya atas desakan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dia, wanita itu diceraikan.

Keluarga saya seolah-olah telah kembali normal kini. Tapi saya tidak dapat lupakan wanita itu. Saya akui saya masih kuat berdendam dengan wanita itu. Tapi saya tak tahu siapa wanita itu.

Saya kembali hidup bersama suami saya yang pernah beristerikan wanita lain. Saya tak pasti adakah segalanya kembali seperti dulu. Kaca yang pecah mana dapat dicantumkan kembali tanpa rekahan? Dendam wanita bagaimana hendak dileraikan? Saya tak tahu ...## lelaki selalu mengejar sesuatu yang tidak difahami dan kekadang tidak disukai oleh kaum wanita. (gambar hiasan)

Wednesday, August 12, 2009

TIADA LAGI ...

Sejak semalam lagi aku berada dalam ketakutan. Kerana aku menyaksikan bangunan besar diranapkan. Pagi ini mereka datang lagi, kesian saya melihat 2 pondok kecil pula dirobohkan. Tiba-tiba aku melihat jentolak ganas itu melulu ke arah aku ... Tidak!! Adakah kini giliran aku pula untuk ditumbangkan? Aku berasa amat takut...
Jentolak itu berhenti di hadapan aku, bagai sedang menimbang bagaimana hendak memaham aku. Perasaan aku pada masa itu teramatlah dahsyat! Ketakutan yang teramat ...
Hanya beberapa saat saja ia merenung aku... bunyi enjinnya mula bergema dengan kuat! KRAKKK!! Aduh, sakitnya! Dahan aku patah satu persatu, gugur layu menyembah bumi ...Aku ... tiada daya untuk melawan. Jentolak mengasah aku dari kiri, kanan, depan, belakang dan atas. Aku semakin terasa aku ini sudah berada di penghujung hayat aku.Akhirnya jentolak berhenti... aku sudah bukan aku lagi ... aku hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, hanya perlu menunggu seminit dua lagi untuk pergi buat selama-lamanya...
Aku berasa amat mengantuk sekali ... aku ingin tidur sebentar ...

...

AKU RINDU ...

Aku merindui suasana dan saat-saat begini ...Namun, aku tidak lagi memilikinya ...Aku telah dipagar dan diasingkan ...

Taman aku dirosakkan ... dan tiada lagi orang menyapu...

Suara riuh kanak-kanak hanya datang dari jauh di sebelah tembok batu ...

Aku rindu ... akan apa yang telah aku hilang ... :-(

Monday, July 27, 2009

RAHSIA CINTA

Ya, anda telah jatuh hati pada seseorang sekiranya anda :

1. sangat sibuk, tetapi handfon on, hati menanti sms seseorang.
2. anda suka berjalan-jalan berduaan dengan dia.
3. semasa bersama, anda buat-buat tak kisah; bila dia tiada, anda cemas mencari dia.
4. semasa dia jatuh sakit, anda terlalu ambil berat tentang dia.
5. bila anda melihat dia baik dengan orang lain, hati anda rasa tak sedap.
6. bila anda melihat senyuman dia yang manis, anda rasa seronok.
7. semasa anda membaca coretan ini, anda teringatkan seseorang.

Anda ...? ya... Semasa anda keseorangan, anda teringin seseorang itu berada bersama kamu ...

Sunday, July 26, 2009

BUAT KALI TERAKHIR ...

Berpuluh tahun sudah aku menetap di sini... memberi teduh kepada anak-anak, berbunga menyerikan suasana, menggugurkan bunga mencantikkan warna bumi, membantu mengeluarkan oksigen untuk semua. Di sinilah rumahku.

Setiap pagi aku berasa gembira kerana aku tahu ada orang akan datang menjengokku, melihat bunga-bunga yang aku gugurkan, di bawah aku, di sekelilingku, membentuk satu fenomena bulatan kekuningan yang menakjubkan. Anak-anak juga duduk disampingku membaca buku, mendengar cerita, dan ternganga melihat jeritan guru. Aku amat menyukai gelagat mereka, dan keriuhan yang mereka hasilkan.

Zaman berubah, kemahuan manusia kian bertambah... hari ini aku lihat lori-lori membawa papan dan kayu ke halamanku. Aku tahu, aku telah mendengar khabar ini. Mereka hendak menebang aku dan rakan-rakanku. Mereka hendak mendirikan bangunan yang tingginya lebih 2 kali ganda ketinggian aku di sini. Aku dan kawan-kawan aku akan dikorbankan.

Aku teringin meneruskan segala-gala yang aku ada di sini, berbakti kepada alam dan anak-anak... namun ...

... ya, barangkali inilah kali terakhir ... aku menggugurkan bunga... menghias dan menghibur di halaman ini... kerana musim akan datang saya tidak akan kelihatan lagi di tapak ini ...
#Rintihan Sang Pokok ada siapa tahu...?

Sunday, July 12, 2009

KEHANGATANMU TIDAK TERBANDING ...

Hari ini, saya telah pergi melawat satu tempat pelancongan yang tidak kurang hebatnya di Selangor, iaitu Pantai Morib.
Lama telah mendengar tentang tempat ini. Apa yang saya dapati ialah ia seperti pantai-pantai lain yang pernah saya lawati. Malah ada pantai yang jauh lebih cantik dan bersih daripada pantai ini.

Perjalanan kali ini tampak tiada kejutan.

Lantas teringatkan Gadis Strawberi. Ya, tempat itu masih jelas dalam ingatan ini.
Sehebat manapun langit, bumi, lautan dan manusia membentuk gambar ini, kehangatan Gadis Strawberi tetap dirindui.

Monday, June 15, 2009

GADIS STRAWBERRY

#ibarat buah strawberry, kemanisan kamu hanya di Cameron Highlands ...

Apa direnungnya ...
.Gadis Strawberry ke tu?...
.Nak terbang pulak??
.ni betul panas ke nak bergaya? ...
. ni mesti tak pernah lihat labu ...
.

oooi!! melampau!! tahan kereta apa nye???

Monday, May 11, 2009

CINTA SEPANJANG HAYAT

Sempena Hari Ibu dan Hari Bapa ini ...

Friday, May 1, 2009

CINTA SUPERHERO

Siapa tak kenal Clerk Kent dan Lois Lane? Mereka saling menyukai. Tetapi pengalaman mengajar Clerk Kent agar berhati-hati dengan soal cinta dengan manusia. Lois Lane yang tidak mengetahui hal sebenar hanya mampu meluahkan rasa teruja dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa selain itu.
Dalam suatu perbualan telefon terancang, dua insan 'asing' yang saling mengenali ini telah meluahkan kata-kata yang penuh bermakna bagi mereka.

Lois Lane: Laju manapun bayang itu, tak akan dapat lari daripada kesunyian. Bila kamu memerlukan teman, saya hanya sejauh satu panggilan telefon.
Clerk Kent: Bila saya dah bersedia untuk membuka rahsia saya, kamulah orang pertama yang akan mengetahuinya.

Monday, April 13, 2009

MALAM PERTAMA ...

#AMARAN 18sx...

Seorang gadis yang bersuamikan pemain basket ball sedang berdebar-debar menantikan malam pertama setelah pesta pernikahannya.
Selepas pesta selesai mereka pun masuk bilik. Si suami terus membuka seluruh pakaiannya. Apabila bajunya terbuka, si isteri melihat sebuah tattoo bertuliskan “Reebok” di dada suaminya. Si suami pun menerangkan bahawa tattoo tersebut dibuat sewaktu dia menjalani kontrak sebagai model iklan produk tersebut.
Tiba-tiba si suami membuka seluar panjangnya, maka terlihat satu lagi tatto lambang “Nike” di pehanya. Si suami pun menjelaskan hal yang sama kepada isterinya. Akhirnya setelah semuanya terbuka, si isteri melihat tattoo bertuliskan “AIDS” pada ‘anu’ si suami.
Dengan ketakutan si isteri menanyakan tattoo tersebut. Namun dengan tenangnya si suami menjawab, ” Tenang, Sayang… tulisan itu bukan bererti sesuatu yang menakutkan. Teruslah pegang…” Setelah si anunya tegang dan memanjang maka tulisan AIDS menjadi ‘ADIDAS’…

Friday, April 10, 2009

SURAYA...

Suraya...
Suraya...
Sepertimana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya...
Bentangkan sinaranmu di sini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu Suraya

Kadangkala
Perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama
Oh.. Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Dirimu Suraya...

RAHSIA WANITA TERBONGKAR...

Akhirnya rahsia wanita telah terbongkar ...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali kamu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha kamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap kamu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Setiap ekspresi tersimpan 1001 rahsia.

Friday, March 6, 2009

KISAH GOODBYE COFFEE


Jejaka ini bernama Goodbye Coffee,
Beliau mempunyai seorang teman wanita yang amat dicintainya,
Mereka telah bersama selama 6 tahun.

Hobi Goodbye Coffee adalah mengumpul anak patung Winnie (Winnie the Pooh),
Kerana hadiah pertama yang diberikan gadis kesayangannya ialah anak patung Winnie.
Katanya, "Hati Winnie sangat mulia, kamu juga. Kita akan bahagia."

Suatu hari teman wanita Goodbye terpaksa ke luar negara untuk sambung belajar,
Mereka berjanji akan setia, sehingga akhirnya mereka akan bersama semula.

Namun akhirnya Si Dia berkahwin dengan orang lain.

Goodbye tidak berhenti mengumpul anak patung Winnie. Malah menghabiskan puluhan ribu RM untuk tujuan itu.
Goodbye menceritakan kisahnya dalam blognya dan menerbitkan buku yang berjudul "Jangan Menangis, Winnie".

#Menamatkan kisah cinta yang berusia 6 tahun, dan menggunakan 7 tahun untuk menyembuhkan luka.# - Goodbye Coffee

Sunday, March 1, 2009

MASIH ADA SAYA

Masih Ada Saya

Melihat kamu… dalam keletihan,
Kamu hendak bersendirian seketika,
Melihat mata kamu berlinangan air mata,
Hati saya juga turut berkecai.

Kamu merana kerana orang itu,
Kerana dia kamu sanggup menanggung sagala dosanya,
Saya pula berdegil menggilai kamu,
Bermalam-malam tidak dapat melelapkan mata.

Kamu berpura-pura macam tak kisah,
Padahal hati kamu telah pun hancur berkecai,
Rupanya kamu tidak setabah yang disangkakan,
Setabah itu untuk menghadapi segala betul dan salah

Saya ingin menghulurkan ketenangan,
Kamu senyum dan menolak,
Cinta yang membawa duka dan luka,
Tidak berbaloi untuk kamu berkorban.

Walaupun satu dunia meninggalkan kamu,
Masih ada saya menemani kamu,
Mana sanggup melihat kamu ditiup angin nan dingin.

Walaupun satu dunia sedang turun salji,
Walaupun burung telah terbang ke selatan,
Masih ada saya setia menunggu kepulangan kamu.

## sudah lama tiada berita...