Wednesday, August 12, 2009

TIADA LAGI ...

Sejak semalam lagi aku berada dalam ketakutan. Kerana aku menyaksikan bangunan besar diranapkan. Pagi ini mereka datang lagi, kesian saya melihat 2 pondok kecil pula dirobohkan. Tiba-tiba aku melihat jentolak ganas itu melulu ke arah aku ... Tidak!! Adakah kini giliran aku pula untuk ditumbangkan? Aku berasa amat takut...
Jentolak itu berhenti di hadapan aku, bagai sedang menimbang bagaimana hendak memaham aku. Perasaan aku pada masa itu teramatlah dahsyat! Ketakutan yang teramat ...
Hanya beberapa saat saja ia merenung aku... bunyi enjinnya mula bergema dengan kuat! KRAKKK!! Aduh, sakitnya! Dahan aku patah satu persatu, gugur layu menyembah bumi ...Aku ... tiada daya untuk melawan. Jentolak mengasah aku dari kiri, kanan, depan, belakang dan atas. Aku semakin terasa aku ini sudah berada di penghujung hayat aku.Akhirnya jentolak berhenti... aku sudah bukan aku lagi ... aku hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, hanya perlu menunggu seminit dua lagi untuk pergi buat selama-lamanya...
Aku berasa amat mengantuk sekali ... aku ingin tidur sebentar ...

...

No comments: