Monday, July 27, 2009

RAHSIA CINTA

Ya, anda telah jatuh hati pada seseorang sekiranya anda :

1. sangat sibuk, tetapi handfon on, hati menanti sms seseorang.
2. anda suka berjalan-jalan berduaan dengan dia.
3. semasa bersama, anda buat-buat tak kisah; bila dia tiada, anda cemas mencari dia.
4. semasa dia jatuh sakit, anda terlalu ambil berat tentang dia.
5. bila anda melihat dia baik dengan orang lain, hati anda rasa tak sedap.
6. bila anda melihat senyuman dia yang manis, anda rasa seronok.
7. semasa anda membaca coretan ini, anda teringatkan seseorang.

Anda ...? ya... Semasa anda keseorangan, anda teringin seseorang itu berada bersama kamu ...

Sunday, July 26, 2009

BUAT KALI TERAKHIR ...

Berpuluh tahun sudah aku menetap di sini... memberi teduh kepada anak-anak, berbunga menyerikan suasana, menggugurkan bunga mencantikkan warna bumi, membantu mengeluarkan oksigen untuk semua. Di sinilah rumahku.

Setiap pagi aku berasa gembira kerana aku tahu ada orang akan datang menjengokku, melihat bunga-bunga yang aku gugurkan, di bawah aku, di sekelilingku, membentuk satu fenomena bulatan kekuningan yang menakjubkan. Anak-anak juga duduk disampingku membaca buku, mendengar cerita, dan ternganga melihat jeritan guru. Aku amat menyukai gelagat mereka, dan keriuhan yang mereka hasilkan.

Zaman berubah, kemahuan manusia kian bertambah... hari ini aku lihat lori-lori membawa papan dan kayu ke halamanku. Aku tahu, aku telah mendengar khabar ini. Mereka hendak menebang aku dan rakan-rakanku. Mereka hendak mendirikan bangunan yang tingginya lebih 2 kali ganda ketinggian aku di sini. Aku dan kawan-kawan aku akan dikorbankan.

Aku teringin meneruskan segala-gala yang aku ada di sini, berbakti kepada alam dan anak-anak... namun ...

... ya, barangkali inilah kali terakhir ... aku menggugurkan bunga... menghias dan menghibur di halaman ini... kerana musim akan datang saya tidak akan kelihatan lagi di tapak ini ...
#Rintihan Sang Pokok ada siapa tahu...?

Sunday, July 12, 2009

KEHANGATANMU TIDAK TERBANDING ...

Hari ini, saya telah pergi melawat satu tempat pelancongan yang tidak kurang hebatnya di Selangor, iaitu Pantai Morib.
Lama telah mendengar tentang tempat ini. Apa yang saya dapati ialah ia seperti pantai-pantai lain yang pernah saya lawati. Malah ada pantai yang jauh lebih cantik dan bersih daripada pantai ini.

Perjalanan kali ini tampak tiada kejutan.

Lantas teringatkan Gadis Strawberi. Ya, tempat itu masih jelas dalam ingatan ini.
Sehebat manapun langit, bumi, lautan dan manusia membentuk gambar ini, kehangatan Gadis Strawberi tetap dirindui.