Sunday, July 26, 2009

BUAT KALI TERAKHIR ...

Berpuluh tahun sudah aku menetap di sini... memberi teduh kepada anak-anak, berbunga menyerikan suasana, menggugurkan bunga mencantikkan warna bumi, membantu mengeluarkan oksigen untuk semua. Di sinilah rumahku.

Setiap pagi aku berasa gembira kerana aku tahu ada orang akan datang menjengokku, melihat bunga-bunga yang aku gugurkan, di bawah aku, di sekelilingku, membentuk satu fenomena bulatan kekuningan yang menakjubkan. Anak-anak juga duduk disampingku membaca buku, mendengar cerita, dan ternganga melihat jeritan guru. Aku amat menyukai gelagat mereka, dan keriuhan yang mereka hasilkan.

Zaman berubah, kemahuan manusia kian bertambah... hari ini aku lihat lori-lori membawa papan dan kayu ke halamanku. Aku tahu, aku telah mendengar khabar ini. Mereka hendak menebang aku dan rakan-rakanku. Mereka hendak mendirikan bangunan yang tingginya lebih 2 kali ganda ketinggian aku di sini. Aku dan kawan-kawan aku akan dikorbankan.

Aku teringin meneruskan segala-gala yang aku ada di sini, berbakti kepada alam dan anak-anak... namun ...

... ya, barangkali inilah kali terakhir ... aku menggugurkan bunga... menghias dan menghibur di halaman ini... kerana musim akan datang saya tidak akan kelihatan lagi di tapak ini ...
#Rintihan Sang Pokok ada siapa tahu...?

1 comment:

cik dina said...

lepas ni xde lah tempat untuk buat bacaan nilam dan bergayut masa perkhemahan..huhuhu.sian pokok.