Thursday, November 27, 2008

SAYANG, KENAPA TAK BERADA DI SISI?


** terpisah juga boleh mengundang sepi ...

Udara di sini sangat segar,
Makanan di sini sangat istimewa,
Latte di sini tak macam air,
Pemandangan malam di sini sangat mengusik perasaan.

10000 meter nun jauh di sana,
Bilik yang ada pemandangan jeti,
Di kedai yang tawar-menawar,
Pada jam 3, 4 pagi yang sibuk.

Tetapi sayang, kenapa kamu tiada di sisi?
Kita tiada banyak masa untuk dibazirkan.
Manisnya perbualan dalam telefon,
Tenteramnya hantaran faks,
Tak cukup untuk menghadapi ...
... kamu yang berada di nun jauh, yang tak dapat saya peluk.

Sayang, kenapa kamu tiada di sisi?
Satu hari keseorangan, bagai satu tahun.
Di seberang lautan sana,
Mendung menyelubungi.
Saya sangat berharap gembira sedikit untuk kamu,
Tapi sayang,
kenapa kamu,
Tiada di sisi ...

Wednesday, November 26, 2008

SUA

** bagi yang menanti ... bersabarlah ... mungkin si dia sedang berada di selekoh ...

Mendengar, musim sejuk berlalu,
Pada suatu masa, suatu ketika, saya terjaga.

Saya memikirkan, saya menanti, saya mengharap,
Masa depan tak terancang pun dengan cara itu.

Cuaca mendung, waktu senja, di luar jendela,
Ada seseorang menanti di masa hadapan.

Ke kiri, ke kanan, ke hadapan,
Kena belok berapa kali, baru cinta akan sampai?

Saya bersua dengan siapa? Bagaimanakah perbualannya?
Orang yang saya tunggu, berada berapa jauh dari sekarang?

Saya terdengar angin, dari LRT dan orang ramai,
Saya beratur, pegang nombor giliran cinta.

Saya terbang ke hadapan, melintasi sebidang lautan masa,
Kita juga selalu terluka dalam cinta,
Saya memerhatikan jalan, laluan ke mimpi adalah sempit.

Saya bersua dengan kamu, merupakan insiden yang paling indah,
Pasti suatu hari, teka-teki saya akan terjawab.

Monday, November 24, 2008

CINTA MENYENTUH PERASAAN

**Cinta mengasyikkan, menggembirakan, memberi harapan, ketidaktentuan, kekecewaan ...
... ia juga menyentuh perasaan!

Hari ini kita telah berpisah. Kamu minta saya cari seseorang yang lebih baik daripada kamu... dan bahagia.
Kamu hanya seperti lelaki lain.
Apa yang terjadi semasa kamu kata kamu cinta saya?
Secara ikhlas, saya tak nak kamu bahagia.
Apa saya nak buat jika kamu benar-benar telah melupakan saya?
Saya menanggung terlalu banyak kepedihan. Lebih daripada yang dapat saya tanggung.
Sebab saya masih cintakan kamu.

Saya mencintai seseorang ...
Walaupun saya tak boleh bersama dia ...
Saya masih cintakan dia ...

Sama-sama selami:

Saturday, November 22, 2008

SEKARANG & MASA HADAPAN

"the unseen future beholds so much more that's why we refer to it as "unseen". its mystery will always stay no matter what we do. but why do other people still would want to catch a glimpse of that future? why cannot just anyone stay in the present? live in the present and stop thinking about the future and what it may hold because it will never hold anything at all unless you have worked on the present, right? " - http://thecunning.livejournal.com/

Kita tak akan capai apa-apa pada masa hadapan kalau kita tidak bekerja keras pada masa sekarang. Jadi lupakan sejenak masa depan, fikirkan tentang sekarang.

Friday, November 21, 2008

APA ITU CINTA?

** manis - masam - pahit

1. Lebih baik senyum dengan airmata, daripada menangis kekesalan.
2. Cinta buat kita lupa tentang waktu, waktu buat kita lupa tentang cinta.
3. Kesepian tidak datang dengan sendiri, ia bermula dari saat jatuh cinta dengan kamu.
4. Bersama untuk gembira, berpisah untuk mengurangkan seksa.
5. Pernah bertemu, lebih baik daripada tak pernah bersua.
6. Kita buang maruah, buang sifat, buang prinsip, kerana tak dapat buang seseorang.
7. Permainan menjadikan orang asing kepada kekasih, dan menjadikan kekasih kepada orang asing.
8. Kalau saya tak cinta kamu, saya tak akan rindu, tak akan cemburu, tak akan hilang keyakinan, tak akan ada kesengsaraan. Kalau saya tak cinta kamu, alangkah baiknya!
9. Masa bercinta, tak perlu begitu realistik. Masa putus cinta, perlu realistik.
10. "I love you", "I hate you", "leave it", "how are you?", " i am sorry".

JANGAN INGAT LELAKI TAK MENANGIS

** jika dikenang kembali ... hati masih rasa pedih, walaupun sudah bertahun ia berlalu ...

Saya berdoa untuk kamu,
Walaupun sudahpun dijelaskan.
Cinta kita tidak begitu bijak,
Kita bercinta macam orang bodoh,
Usaha kita selama ini,
Kenapa boleh berakhir begitu saja?
Lepaskan beban yang berat,
Hanya untuk mencari kembali kesepian yang bebas.

Sepanjang perjalanan ini,
Kita lalui dengan begitu payah.
Setiap langkah,
Berbaloi bagi saya untuk kenang.

Kebaikan kamu akan saya ingat,
Walaupun kita dah menjadi orang asing.
Tak mengaku kalah,
Tak akan mudah menitiskan air mata.
Kegembiraan yang kamu beri,
Kepuasan yang kamu beri,
Saya sanggup buat apa saja.

Tak mengaku kalah,
Jangan ingat lelaki tidak menangis.
Kegembiraan yang kamu bawa pergi,
Kepuasan yang kamu bawa pergi,
Air mata masin bercampur pedih.

Saya tak ambil kisah ...

Saturday, November 15, 2008

TERIMA KASIH

** walaupun tidak dapat diteruskan cinta... hati ini tetap di sini.

Terima kasih,
Kerana memahami isi hati,
Dan berusaha membina taman cinta.

Terima kasih,
Kerana memahami keadaan,
Memutuskan agar tiada yang terluka.

Walaupun kehadiran kamu singkat,
Namun kasih berputik dengan cepat,
Hati ingin selalu bersama,
Namun apa kan daya,
Cinta tidak menjanjikan istana.

Terima kasih,
Perasaan yang datang bagai comet,
Cukup untuk dibawa selama hidup.

Terima kasih,
Kiranya hati rasa terkilan,
Hati ini sentiasa jadi teman.

Terima kasih ...

Friday, November 14, 2008

PENANTIAN TERAKHIR


** ketahuilah, membisu itu sebenarnya telah memberikan jawapannya ...

Awak... akhirnya tak muncul juga,
Menunggu hingga ke saat akhir ini,
Rasanya saya dah faham perasaan awak.

Maka saya mula datang ke mini bar ini,
Bersendirian,
Namun, samada pada saat ini,
Awak datang atau tidak,
Dah tak ada kaitan dengan penantian.
Akhirnya awak tak datang juga.
Tak dapat tidak hati ini ada juga sedikit rasa sedih.

Dah lapan tahun da agaknya,
Awak masih awak lagi ke?
Kata nak lihat kamu,
Sebenarnya hanya nak tahu,
Kamu apa khabar? Bahagia tak?
Sebab awak tetap adalah cinta pertama saya.

Dah hujan,
Hujan di musim sejuk,
Dengar pun dah rasa sejuk.

Minumlah segelas lagi,
Tapi apa yang diminum,
Semua menjadi kenangan,
Semuanya berenang dalam hati saya.

Tahun itu kalau kita tak berpisah,
Tak tahu adakah kita masih lagi bercinta.

Hidup tak boleh diandai
Tak boleh juga diulang,
Mungkin,
Mungkin... takdir begini adalah yang terbaik.
Malam dah jauh,
Saya perlu beredar dari sini,
Segala keremajaan, kebencian, dan cinta kita,
Juga perlu pergi,
Dan penantian malam ini,
Adalah penantian yang terakhir dalam hidup kita.
Tak muncul pun bagus juga ....
Benar,
Tak muncul pun bagus juga ...

Thursday, November 13, 2008

MULA FAHAM

** terimalah seolah-olah kita memahaminya...

Saya boleh tak berpaling,
Pada saat yang paling kejam itu,
Melihat saja kamu pergi,
Tak macam sikap saya langsung.

Rupanya manusia boleh jadi lembut,
Bila dah benar-benar faham,
Cinta itu bergerak, tak terkawal oleh manusia,
Tak perlu mesti ada alasan.

Percayakan bahawa awak hanya takut melukai saya,
Bukan menipu saya,
Kalau dah benar-benar cinta siapa boleh lepaskan?

Menyedarkan mimpi saya,
Umumkan kebahagiaan tak akan datang lagi.
Maafkan dengan senyuman yang pahit,
Dan melaluinya.

Ada semalam bagus juga,
Tapi esok adalah sendiri punya,
Dah mula faham,
Kebahagiaan adalah pilihan.

Monday, November 10, 2008

KALAU SAYA LEPASKAN KAMU PERGI

** kalau tiada keberanian, kita akan cari jalan keluar mudah ...

Telah berkali-kali,
Masa berlalu pergi,
Saya tak dapat keluarkan kamu dari minda ini,
Tak ada orang tahu,
Saya sembunyikan,
Saya terus mencari,
Tapi saya gagal.
Harap saya ada keberanian,
Membuat kamu tahu.
Saya tak pernah rasa begitu banyak cinta.

Sekali lagi saya fikirkan,
Mengambil jalan mudah untuk keluar.

Tapi kalau saya lepaskan kamu pergi,
Saya tak akan tahu,
Bagaimanakah hidup saya ...
Memeluk kamu dengan rapat.
Adakah saya akan dapat lihat,
Kamu senyum kepada saya?

Bagaimana saya akan tahu,
Kalau saya lepaskan kamu pergi?

Bermalam-malam,
Saya dengar diri saya berkata,
Kenapa perasaan ini tidak boleh pudar.

Tak ada orang seperti kamu,
Awak berkata kepada hati saya,
Sungguh kesian, kita terpisah terlalu jauh.

Saya terlalu malu untuk bertanya,
Terlalu bangga untuk gagal,
Lambat-laun,
Saya kena pilih juga.
Sekali lagi,
Saya fikirkan,
Untuk mengambil jalan mudah keluar...

Sunday, November 9, 2008

JAKET

** cinta adalah pengorbanan semata-mata ...?

Saya sepatutnya sedar dari awal lagi,
Itu adalah keperluan semasa kamu semata-mata,
Dah biasa dengan bau kamu,
Menghalang angin menjadi kebanggaan saya.

Setiap degupan jantung,
Dah mula tak dapat dihitung,
Apakah balasan kepada saya ...
Adalah menemani kamu di dakapan dia?

Menjadi jaket kamu,
Hanya berlegar pada luaran kamu ...
Melihat kamu bermanja dengan dia,
Memang lucu, kerana saya tak berhak untuk berkira.

Menjadi jaket kamu,
Memeluk tapi tidak dipeluk,
Siapa saya ini, adakah kamu tahu?
Kenapa suka-suka pakai dan tukar?

Saya memiliki apa?
Jawapannya dah lama saya tahu,
Saya dah tahu menangis dan ketawa.

Kenapa tak dengar nasihat?
Kenapa tidak diingini?
Masih berkhidmat untuk kamu ...
Adakah boleh jadi gila?

Saturday, November 8, 2008

KALAU TIADA KAMU

** rupanya saya tidak setabah dapat melupakan kamu ...

Hey, saya benar-benar sangat merindui kamu,
Di luar tingkap mula hujan lagi,
Mata kering saja,
Macam nak menangis,
Tak tahu kamu sekarang berada di mana.

Hey, saya benar-benar sangat merindui kamu,
Terlalu banyak perasaan, tak ada mimik muka yang sesuai,
Kata-kata yang paling ingin luahkan, hendak mula dari mana?
Adakah kamu juga seperti saya merindui kamu?

Kalau tiada kamu, tiada masa lalu,
... tiada kesedihan.
Tapi ada kalau, masih nak mencintai kamu.

Kalau tiada kamu, di mana saya,
Apa perlu rasa sayang?
Segalanya dah terlambat,
Dah kehilangan diri...


Hey, saya benar-benar sangat merindui kamu,

Tak tahu kini kamu berada di mana...

Adakah kamu juga seperti saya merindui kamu?

...


APA KHABAR?

** masih ingat lagi cinta pertama? Kekasih-kekasih lama, apa khabar ...

Cinta kita dulu,
Sukar faham bagai embun,
Kita benar-benar telah bercinta.

Namun segalanya berlaku seperti jangkaan mereka ...
ia berakhir begitu saja.
Kita harungi pelbagai rintangan,
Tiada orang tahu.

Kalau di dalam keramaian,
... kita bertemu kembali,
Saya masih ingat kita pernah bersama,
Saya akan cuba,
... cari satu tajuk yang telah lama kita lupa.
Bersemuka begini,
... dapatkah merapatkan jarak kita?

Apa yang saya risaukan ialah,
... apa yang telah kamu lakukan selepas kita berpisah.
Segala yang saya ingin tahu,
... semua tidak sesuai diketahui dengan kedudukan saya kini.

Apa khabar?
Apa Khabar?
Melihat mata kamu, dan senyum kamu masih seperti dulu,
... ada kesedihan tersembunyi di dalam hati kamu.
Akhirnya saya berkata,
Apa khabar?
...

LAPAN KALI MAAF

** setiap daripada kita pasti ada kekesalan yang ingin dinyatakan ...

Apa khabar kamu sekarang?
Adakah kini dah beruban?
Mengenangkan masa lalu,
... kesilapan yang saya lakukan.
Kini ia dikenali sebagai harga.

Sebenarnya bukan saya tak hargai kamu,
Cuma masa itu saya terlalu mentah,
Memikirkan kesilapan yang saya lakukan dulu,
Kini kamu cuma senyum dan kata 'tak mengapa'.

Maaf, kenapa saya telah mengabaikan kamu?
Maaf, sebenarnya saya masih sangat mencintai kamu.
Maaf, membuat kamu menanggung begitu banyak kesusahan.
Maaf, adakah ucapan ini dah terlambat?

Maaf, kenapa saya telah mengabaikan kamu?
Maaf, sebenarnya saya masih amat merindui kamu.
Maaf, air mata bukan kepakaran saya.
Maaf, ucapan ini menyatakan segala-galanya.

Friday, November 7, 2008

POTRAIT KAMU

** dan kerinduan dan kesepian tidak pernah padam.

Kegelapan malam semakin menyelubungi alam,
Saya yang keseorangan masih lagi berkeliaran,
Kerana saya tidak sanggup,
... berhadapan dengan potrait kamu secara bersendirian .

Kesibukan bandar menampakkan keriangan,
Siapa peduli kesedihan saya?
Dulu ada kamu menemani saya,
Sekarang saya,
... berhadapan dengan potrait kamu secara bersendirian.

Perjalanan sepi ini amat jauh,
Semakin jalan semakin hilang arah,
Dalam perjalanan yang tak tentu arah ini,
Hanyalah kesepian menemani saya,
... menikmati malam yang berkelipan bintang.

Merenungi potrait kamu,
Perasaan bergelombang,
... memenuhi dinding yang kosong ini.
Dan memenuhi malam.

DIA PASTI SANGAT MENCINTAI KAMU

** selalu cinta tidak berakhir seperti yang kita inginkan ...

Saya bersembunyi dalam kereta,
Tangan memegang champange,
Nak berikan kamu,
Kejutan hari jadi.

Kamu semakin menghampiri,
Ada dua suara,
Saya jadi gelabah,
Hanya terpaku di situ.

Saya patut berada di bawah kereta,
Tak patut berada di dalam kereta,
Melihat kamu berdua begitu mesra,

Begini maka,
... mudahlah bagi saya
... untuk patah hati.
Memberikan saya keberanian untuk pergi.

Dia pasti sangat mencintai kamu,
Dan telah menandingi saya,
Hanya memerlukan satu minit,
... untuk berpisah.

Dia pasti sangat mencintai kamu,
Lebih pandai menjaga hati kamu,
Tidak seperti saya,
Mentah dan menyusahkan kamu.

Thursday, November 6, 2008

KEBERANIAN

Akhirnya saya buat keputusan ini,
Apa orang kata saya tak peduli,
Asalkan kamu juga yakin.

Saya sudi mengikuti kamu ke mana saja,
Saya tahu itu tidak mudah,

Hati saya terus berlatih untuk menyakinkan diri ini,
Tapi takut tiba-tiba kamu kata nak 'give up'.

Cinta memang perlukan KEBERANIAN,
Untuk menghadapi segala khabar angin dan fitnah.
Asalkan renungan mata kamu itu adalah pasti,
Maka cinta saya akan bermakna.

Kita sama-sama perlukan KEBERANIAN,
Untuk mempercayai bahawa kita akan bersama.
Dalam kesibukan, saya dapat merasakan kamu,
Letakkan dalam tapak tangan saya - hati kamu.

Kalau kedegilan saya,
Mungkin tak sengaja menyinggung perasaan kamu,
Boleh tak ingatkan saya dengan lembut,
Saya memang tidak sabar-sabar,
Paling takut kehilangan kamu.

**setelah sekian lama, baru kini saya faham dan dapat menghayatinya.