Tuesday, December 30, 2008

BERANI SEDIKIT

Saya dapati saya telah kehilangan sesuatu yang sangat mustahak,
Iaitu KEBERANIAN, yang seperti mana suatu ketika dulu keinginan saya untuk mengenali kamu.
Ia membuatkan saya tidak rasa gentar untuk menyatakan perasaan saya kepada kamu.

Kini saya begitu takut untuk mengingatkan setiap saat yang lalu,
Insomnia telah memenuhi hampir semua masa saya, sejak kamu pergi.
Kalau tidak begitu, sudah pasti saat ini saya berada di dalam bilik kamu.
Membacakan surat pertama dan yang terakhir, yang kamu tulis untuk saya,
Perubahan itu telah memakan masa selama 4 tahun 3 bulan dan 7 hari.

Saya cuba untuk berani sedikit,
Tetapi kamu sudah tiada lagi di sisi,
Kekuatan dan keyakinan saya, lahir kerana saya dilamun cinta.
Saya pasti akan lebih berani sedikit,
Biarpun kamu tiada di sisi.
Keputusan dan kekesalan kamu,
Tidak akan merubah hari esok saya.

KEBERANIAN adalah sesuatu yang saya tidak sanggup untuk hadapi pada hari ini,
Kerana menghadapi KEBERANIAN, akan kehilangan kamu dalam ingatan saya.
Kelemahan saya terus menasihatkan saya agar menjaga diri,
Kalau dulu saya menjaga kamu dengan baik,
Maka hari saya tidak akan dibiarkan oleh diri ini …
.

Tuesday, December 9, 2008

KAMULAH SATU-SATUNYA

** kalau tiada penyesalan, manakan teringatkan orang yang dah jauh ...

Teringin hendak menulis surat kepada kamu,
Nak beritahu kamu cuaca di sini,
Wayang yang saya tonton malam tadi,
Dan juga perasaan saya.

Teringin hendak menulis surat kepada kamu,
Tapi cuma fikir-fikir saja,
Sebab saya dah tidak pasti,
Adakah kamu masih ingin nak tahu.

Nak bercinta atau tidak, memerlukan keberanian,
Dan akhirnya kita memilih untuk mengelak.

Mungkin kamu tak percaya,
Saya sangat berpuas hati dengan kesudahan ini,
Mungkin kamu tidak percaya,
Saya tidak langsung merungut dan menyesal.

Walaupun kamulah yang pertama,
Walaupun kamulah yang terakhir,
Walaupun kamulah yang satu-satunya.

Monday, December 8, 2008

KE ISTANA KAYANGAN

Dua hari lepas, sempat saya datang semula ke Istana Kayangan di atas awan. Mula-mula saya sangkakan cuaca hujan renyai-renyai, silap haribulan. Tetapi selepas beberapa ketika baru saya sedar ia adalah fenomena yang istimewa yang tidak selalu berlaku di sini.

Kabus bergerak menyelubungi Istana Kayangan. Membentuk satu pemandangan yang unik.

Keseluruhan Istana telah ditelan.

Tolong! Istana Kayangan telah hilang!

Dari dalam Istana pula kelihatan pemandangan di luar hanya kabus. Seolah-olah dalam Istana inilah satu-satunya kawasan yang masih tinggal dan selamat.



Tuesday, December 2, 2008

SELEPAS KAMU TUTUP PINTU

** berapa lama diperlukan untuk melupakan kamu ...

Selepas kamu menutup pintu,
Saya tak dapat dengar tangisan diri ini lagi,
Sehingga waktu malam menjelma dengan senyap,
Baru saya sedar masa tak pernah pun berhenti.

Dalam kekosongan yang kamu tinggalkan itu,
Saya tak tahu nak diganti dengan apa,
Sehingga saya dapat belajar menjaga diri,
Baru saya sedar diri ini tidaklah begitu memerlukan kamu.

Saya ingatkan kamu dah bawa pergi segalanya,
Saya ingatkan segalanya dah berlalu,
Saya hanya berdoa untuk diri ini,
Saya hanya boleh berdoa untuk diri ini,
Supaya ... diri ini tidak lagi terjebak dalam mimpi ngeri.

Pada suatu ketika,
saya sering terjaga dan tertidur ...
... dalam mimpi ngeri.
Saya tak dapat lagi menenangkan diri ini,
Sehingga air mata mulai mengalir,
Baru saya tahu diri ini tak pernah lupa...