Monday, October 26, 2009

TIADA LAGI ...

Suatu hari aku sedang memilih gambar untuk dicuci. Dah lama tak cuci gambar. 3, 4 tahun! Ya la, sekarang ni semua digital, nak tengok gambar buka je komputer.
Hari ini aku nekad nak pilih gambar-gambar terbaik untuk dicuci. Maka gambar2 yang telah bertahun-tahun pun dapatlah saya lihat semula.
Ini ada satu set gambar di tempat kerja, labih kurang 5 tahun dah lamanya. Kebanyakan rakan2 karib dalam gambar telah berpindah, jauh mahupun dekat, dalam mahupun luar negeri. Tempat kerja pun dah lama berubah.
Sedang aku mengelamun mengenang rakan-rakan lama ini, orang sebelah sibuk nak buka lagu. Ya, lagu best, 'Tiada Lagi' - Amy search.
Sedang sedih melayan potret lama, dilayang pula dengan lagu sedih, aku hampir melelehkan air mata.
Banyak sangat kenangan pahit manis bersama mereka. Sama-sama merantau jauh dari kampong halaman. Bertemu, berkenalan, menjadi rapat, berpisah, dan kini hanya memori yang menemani kami semua.
Semoga mereka hidup bahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga dapat berjumpa lagi, insyaallah.

Wednesday, October 21, 2009

NYANYIAN CINTA

Kau pernah berkata, kau mencintaiku selamanya.
'Cinta' benda ni aku tahu tapi apa itu 'selama-lamanya'?
Sayang, jangan menangis. Kita masih lagi bersama.
Kegembiraan hari ini akan menjadi kenangan kekal buat hari esok.

Apa saja boleh ditinggalkan. Apa pun tak boleh dilupakan.
Apa yang kau kata sekarang semuanya adalah keberanian kau.
Angin bertiup di musim bunga, hujan turun di musim luruh.
Angin ke hujan ke segala sumpah janji akan pergi bersama angin yang menderu.

Sayang, jangan lagi berkata kita tidak akan berpisah.

Kau bukan milik aku, aku juga tidak memiliki kau.
Sayang, tiada orang di dunia mempunyai hak untuk merampas.
Mungkin kita berpisah, begitu dan tidak berpatah balik lagi.
Sekurang-kurangnya tidak perlu mencipta alasan yang indah. #Tidak ada orang boleh bercakap besar, kecuali orang yang sudah tiada lagi cinta dalam hatinya ...

Thursday, October 15, 2009

MENUTUP KISAH ...

Selepas setahun, akhirnya dapat juga saya 'bertemu' kamu. Tak tahu apa dalam fikiran kamu. Kedinginan kamu itu saya dapat rasa. Saya faham saya bukan siapa. Sudah lama saya terima kenyataan kita.
Pertemuan hari ini penting kerana saya nak tahu apa keadaan kamu.
Kamu telah kembali kerja. Kerja sangat penat, itu yang saya dengar.
Saya rasa kamu telahpun bertemu dengan si dia.
Saya akui senyum tawa kamu masih mengusik jiwa ini, namun saya tahu ia dah lama berlalu. "Setahun Sudah Berlalu" itulah kata Alleycats.
Cukuplah pertemuan ini ... sebagai penutup kisah kita.
Terima kasih... goodbye my love...

Setahun sudah berlalu ...
Februari muncul kembali ...
Dengan kehangatan semalam ...

TUJUH PERHENTIAN

P1 - Saya bingung kerana kamu pergi begitu saja. Kamu adalah cinta pertama saya...
P2 - Cinta kita begitu dalam, saya lihat cinta ini berbuah. Namun ... pengalaman bersama kamu amat memedihkan.
P3 - Maafkan saya kerana pergi begitu saja, saya tak rasa saya dapat terima kamu lebih daripada sedia ada.
P4 - Biarlah kamu yang mengejar saya, biarlah kamu yang meninggalkan saya. Saya terima semuanya.
P5 - Terima kasih kerana sanggup bersama lelaki ini, semoga kekal ke akhirnya.
P6 - Mungkin kita tahu apa yang kita cari. Mungkin tidak.
P7 - Saya kata ini bukan berkaitan cinta, ini berkaitan persahabatan.

Setiap yang kita hadapi akan mengajar kita bagaimana hendak menghadapi yang bakal tiba. Jadi terimalah apa yang hendak berlaku. Akhirnya kita akan lebih bijak dalam - cinta.