Friday, April 10, 2009

SURAYA...

Suraya...
Suraya...
Sepertimana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya...
Bentangkan sinaranmu di sini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu Suraya

Kadangkala
Perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama
Oh.. Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Dirimu Suraya...

3 comments:

cik dina said...

kan dah kata..cikgu ahmad memang jiwangg karatt..tp tak nak ngaku!

mus said...

ala... di mana suraya ya?

Myni said...

ni mak we lama ke ni?..... patut tukaq letak nama noraini situ. hehehe...