Wednesday, December 23, 2009

cinta KING KONG ...


1. Kalau silap chemistry akibatnya adalah TRAGEDI.
2. Cinta memang buta.
3. Cinta membuat kita menjadi lebih kuat.
4. Cinta adalah syurga kebahagiaan.
5. Cinta dan kerjaya tidak seiring.
6. Cinta persahabatan adalah amat tidak ternilai.
7. Cinta tidak pernah mudah.
8. Cinta itu membunuh.

- kenapa King Kong jatuh hati pada manusia yang sekecil itu? Mungkin kerana terlalu sunyi tidak berteman.
- bila hati dah terpaut, maka tiada lagilah kewarasan. yang pasti, perasaan dalam hati perlu dipenuhi.
- apabila orang yang kita sayang itu terancam, maka timbullah kekuatan luar biasa untuk menyelamatkannya. Cinta mempunyai kekuasaan yang tidak dapat diduga.
- apabila cinta yang kita idamkan itu telah diperolehi, maka pemikiran kita adalah amat tenang, kebahagiaan adalah tidak terkata, segala-gala adalah indah.
- percayalah tiada perkara yang sempurna dalam hidup ini, termasuklah cinta, kalau kita memiliki cinta yang sempurna mungkin kerjaya kita tidak, begitu jugalah sebaliknya.
- cinta kasih memang hebat, namun tak kurang juga cinta persahabatan, kerana persahabatan juga kita sanggup buat apa saja deminya. Bukan ke begitu?
- cinta adalah perkara yang dikejar oleh semua manusia dalam hidup. Namun cinta tak pernah mudah. Cinta impian kita selalu bukanlah apa yang orang lain hendakkan. Hadapilah kerana cinta sejati itu akan memberi kita kekuatan untuk mengharunginya.
- bukan pesawat yang telah membunuh Kong, tetapi cinta ...

3 comments:

Myni said...

ni apasal pulak kaitkan cinta dengan king kong ni... macam-macam cikgu mad ni.

mus said...

itu semua adalah cinta yang terdapat dalam King Kong ... tak percaya tengoklah King Kong 2005.

Myni said...

saya tak suka tengok cerita tentang monyet. saya suka tengok cerita tentang gajah. hehehe... tapi king kong pun ada perasaan cinta ke? ingat tak ada perasaan. hehe